Loading

Kegemilangan dan Kemerosotan Bahasa Hokkien:

Bagaimana Nasionalisme Hàn
Mengubah Identiti
dan Mengancam Kelestarian Sebuah Bahasa
“Bangsa ialah komuniti yang hanya wujud dalam minda sahaja. Ini kerana, sesiapa sahaja daripada bangsa yang jumlahnya kecil sekali pun tidak akan pernah bertemu, mendengar, atau pun mengenali kebanyakan orang lain daripada bangsanya sendiri. Namun, mereka tetap menganggap satu sama lain sebagai orang daripada komuniti yang sama.”

— Benedict Anderson
Ahli sains sosial

Pengenalan

Bahasa-bahasa Cina bukan Mandarin seperti Hokkien, Khek, Kantonis dan Teochew, ialah bahasa yang besar dengan ramai penutur di seluruh dunia. Hokkien sendiri mempunyai 25 juta orang penutur; dua setengah kali ganda jumlah penduduk Sweden. Sewaktu bahasa Sweden tidak berdepan dengan sebarang ancaman kepupusan, bahasa Hokkien kini mungkin lenyap kerana penutur-penuturnya mula meminggirkannya demi bahasa Mandarin.

Ramai orang sedih dan berduka dengan kepupusan sesuatu bahasa. Mereka juga menyalahkan pemodenan dan globalisasi sebagai punca kepada kepupusan bahasa-bahasa ini, seolah-olah ia hanya menanti masa sahaja untuk terus lenyap dan hilang.


Menerusi pameran ini, anda akan melihat bahawa punca kejatuhan bahasa-bahasa ini pada hakikatnya, ialah sebuah ideologi, yang muncul pada abad ke-19. Pameran ini juga akan mencabar idea-idea sedia ada tentang bahasa Cina.

Isi kandungan utama

Key Takeaway 1
Key Takeaway 2
Key Takeaway 3
Key Takeaway 4
Key Takeaway 5
Key Takeaway 6
Key Takeaway 7
Key Takeaway 8

Bab 1

Sejarah Awal
Bahasa-Bahasa
Cina

Ahli-ahli bahasa pada umumnya percaya satu bentuk bahasa Cina kuno pada mulanya dipertuturkan di Dataran Tengah di sepanjang Sungai Kuning. Apabila empayar China berkembang, kumpulan penduduk di utara berkahwin dengan orang nomad dari kawasan padang rumput, sementara penduduk di selatan berkahwin dengan penduduk-penduduk asli di tenggara China.

“Kawasan dari Kau-tsí 交趾 (utara Vietnam dan selatan China) sehingga Kuè-khe 會稽 (kawasan Shanghai Raya) yang meliputi tujuh ke lapan ribu lí (sukatan batu China) didiami oleh seratus suku orang Ua̍t dengan pelbagai nama keluarga.”

— Buku Hàn, Bab Geografi 漢書·地理志

Penduduk pribumi yang mendiami selatan China secara berkelompok dikenali sebagai orang Ratusan Ua̍t (百越 Baiyue). Rekod China yang ditokok tambah dan dipengaruhi stereotaip menggambarkan mereka sebagai orang gasar. Ia juga menggambarkan penduduk pribumi di wilayah Hokkien sebagai cucu cicit kepada ular.

百越

Perkara ini boleh dilihat menerusi perkataan Cina untuk Hokkien yang mengandungi piktograf seekor ular.

= Ular

bronze drum 2

Corak ular pada peralatan orang Paiwan.

Perkara ini boleh dilihat menerusi perkataan Cina untuk Hokkien yang mengandungi piktograf seekor ular. Peninggalan arkeologi dan rekod sejarah menunjukkan bahawa wilayah Kuínn-tang (廣東 Guangdong) sebelum dinasti Bêng ( Ming, 1368–1644) didiami oleh penduduk pribumi.

Catatan sejarah Khai-guân 開元 (730s) menunjukkan tanah daerah Bân dan Ua̍t-tsiu 越州 pada asalnya ialah tanah Au Timur 東甌. Penduduk Kiàn-tsiu 建州 dan kawasan berdekatan semuanya dicatat sebagai keturunan ular. Lima nama keluarga puak, seperti Uînn dan Lîm , ialah keturunan mereka.

Gendang gangsa seperti ini mula ditempa sewaktu zaman gangsa di Tiân , yang kini dikenali pada zaman moden sebagai Hûn-lâm (雲南 Yunnan). Tradisi pembuatan gendang ini kemudian tersebar ke Tanah Sungai Merah (Vietnam) menerusi Sungai Merah. Selepas 43 Tahun Masihi, tradisi yang berkaitan tersebar luas ke kawasan bukit-bukau (termasuklah selatan China) sehingga Asia Tenggara.

Teks-teks China dari pertengahan sehingga seribu tahun pertama Tahun Masihi menyifatkan gendang-gendang ini sebagai harta berharga milik pemimpin-pemimpin setempat yang memerintah sekumpulan penduduk yang dikenali sebagai orang Lí dan orang Liau . Orang Lí dan orang Liau diserap ke dalam peradaban China dalam tempoh beberapa abad namun masih dicatatkan berada di kawasan tersebut selewat abad ke-16.

bronze drum 1
bronze drum 2
drum engraving

Gendang dengan corak sebegini ditemui di banjaran gunung di antara Hanoi dan Kuínn-tsiu (Kanton). Ia memberikan gambaran terhadap budaya peralatan di selatan China pada zaman kuno. Lebih daripada empat ratus biji gendang ini telah ditemui hingga kini.

Asal-usul penduduk di selatan China sukar ditentukan, sama ada terdiri daripada majoriti berketurunan daripada Dataran Tengah atau orang pribumi. Bahasa yang dituturkan mereka juga tidak dapat dikenal pasti dengan jelas. Namun, terdapat bukti bahawa mereka ialah penutur Kra-Dai, Hmong-Mien dan Austroasiatik, berdasarkan perbendaharan kata dan nahu peninggalan bahasa-bahasa tersebut yang kekal dalam bahasa Cina selatan hari ini.¹

Pengaruh zaman kuno ini kekal dalam banyak bahasa Cina selatan. Perbandingan tatabahasa dan perbendaharaan kata antara bahasa Cina selatan dengan bahasa jiran mereka di selatan menunjukkan persamaan warisan antara orang Cina selatan dan Asia Tenggara.

Tekankan anak panah di bawah
untuk melihat perbezaan sebutan

English/Melayu

Suitable

Mandarin

ngaam

others

适合

shì hé

map

Pemisahan genetic antara
utara dan selatan.

Analisis genetik menunjukkan perbezaan ketara antara populasi utara dan selatan walaupun kedua-duanya dikategorikan sebagai bangsa ‘Hàn’ . Perbezaan ini paling jelas di sebelah keturunan ibu yang berada di sekitar sepanjang Sungai Huâi 淮河 dan Gunung Tsîn ( Qin) berhampiran Sungai Yangtze.²

Penduduk Pribumi di Selatan China

Penduduk pribumi di selatan berkahwin dengan orang dari Dataran Tengah dan secara perlahan-lahan diserap ke dalam empayar. Namun, rupa mereka tidak sama dan keturunan penduduk ini tidak menganggap satu sama lain sebagai orang yang sama.

Pada 1907, seorang sarjana Kantonis, Uînn Tsiat 黃節, menyebut di dalam buku teksnya, Geografi Tempatan Kuínn-tang (Guangdong) 廣東鄉土地理教科書, bahawa “terdapat orang Khek dan Hoklo (Swabue dan Teochew) di wilayah Kuínn-tang namun mereka bukanlah orang Kantonis dan bukan berbangsa Hàn”.

uinn tsiat

Orang Teochew dan Khek tidak dianggap sebagai ‘bangsa Hàn’ dalam Geografi Tempatan Kuínn-tang (Guangdong) yang diterbitkan pada 1907.

Foot binding left
Foot binding right

Orang Khek tidak mengamalkan ikat kaki, satu budaya mengikat kaki kanak-kanak perempuan untuk mengubah rupa dan saiz kaki mereka. Ia ciri budaya yang membezakan orang Khek dengan kumpulan-kumpulan bahasa lain.

Bab 02

Bahasa
Pertuturan

Ahli-ahli bahasa pada umumnya membandingkan kepelbagaian bahasa Cina yang dituturkan dengan keseluruhan rumpun bahasa-bahasa Jermanik dan rumpun bahasa-bahasa Romawi.

Tree family

Taksonomi ringkas bahasa-bahasa Eropah dan Cina

map

Bahasa Cina pertuturan, yang sering dirujuk sebagai ‘dialek-dialek’ 方言, secara umumnya boleh dikategorikan kepada tujuh rumpun; Utara atau Mandarin, Gôo (吳 Wu), Kàm (贛 Gan), Siong (湘 Xiang), Khek atau Hakka (客家), Ua̍t (粵 Yue) dan Bân (閩 Min).

Hokkien adalah sejenis bahasa daripada rumpun Bân, Putonghua adalah sejenis bahasa daripada rumpun Mandarin, dan Kantonis adalah sejenis bahasa daripada rumpun Ua̍t.

Sejauh Mana Ia Berbeza?

Satu kaedah untuk mengukur persamaan di antara dua bahasa adalah dengan membandingkan kognat. Kognat adalah perkataan yang berkongsi perkataan asal yang sama merentasi dua bahasa yang berbeza. Menggunakan satu senarai kira-kira 200 patah perkataan asas yang dikenali sebagai senarai Swadesh, kita boleh membandingkan peratusan kognat dalam setiap bahasa tempatan beberapa bandar di China.

House

sound

Inggeris

Huis

sound

Belanda

Haus

sound

Jerman

Perkataan-perkataan bahasa Inggeris, Belanda dan Jerman ini ialah kognat kerana berkongsi asal usul yang sama.

Rajah ini menunjukkan yang Hokkien berkongsi hanya 49% daripada perbendaharaan kata asas dengan Mandarin.

Ia mungkin kedengaran banyak, tetapi untuk konteks yang lebih jelas, bahasa Inggeris berkongsi 59% perbendaharaan kata asas dengan bahasa Jerman, lebih 10 mata peratusan berbanding Hokkien dan Mandarin.³

circle 1
circle 2

Bab 03

Bahasa
Bertulis Rasmi

Walaupun terdapat pelbagai bahasa pertuturan, golongan pegawai dan berpendidikan di China, Jepun, Korea, dan Vietnam menggunakan sejenis bahasa bertulis yang tidak digunakan orang lain sebagai bahasa vernakular (perbualan) selama hampir 2000 tahun, dikenali sebagai bahasa Cina Kesusasteraan 文言. Ia dipercayai berasal daripada bahasa pertuturan di Dataran Tengah China dari hujung abad ke-6 sehingga awal abad ke-2 sebelum Masihi.

Bahasa bertulis ini kemudiannya tersebar ke bahagian lain di China dan Asia Timur sebagai bahasa perantaraan kerajaan dan kesusasteraan, dan berfungsi seperti Latin di Eropah, dan Sanskrit di Asia Selatan. Bahasa Cina Kesusasteraan secara beransur-ansur diabaikan pada separuh pertama abad ke-20 kerana ia dianggap sukar untuk dipelajari.

Perkataan dan nahu dalam karya-karya klasik masa silam seperti Mutiara Kata Confucius 論語, Rekod Ahli Sejarah Agung 史記, Mencius 孟子 dan Ulasan-ulasan Tsó (Zuo) 左傳, menjadi prototaip yang kemudian menjadi model kepada penulis-penulis seterusnya.

Golongan elit yang berpendidikan dilatih untuk menulis bahasa klasikal menerusi hafazan secara mekanikal.

Bunyi sebenar perkataan dalam teks-teks klasik tidak diketahui sepenuhnya.

Bunyi sebenar perkataan dalam teks-teks klasik tidak diketahui sepenuhnya. Namun, setiap wilayah di Asia Timur mempunyai sebutannya sendiri yang ditentukan oleh banyak faktor termasuklah sebutan asal, bahasa tempatan, evolusi, pengaruh dari pusat perbandaran berdekatan, ibu-ibu negeri, dan bahasa-bahasa lain yang berinteraksi dengannya.

Tekankan anak panah untuk melihat cara ayat Cina Kesusasteraan yang sama dilafazkan dalam pelbagai bahasa.

Hokkien

有朋自遠方來,不亦樂乎

Iú pêng tsū uán-hong lâi, put e̍k lo̍k hoo

Contohnya, huruf ‘j’ mempunyai sebutan yang berbeza-beza dalam bahasa-bahasa Eropah yang berlainan.

J


Inggeris


/dʒ/

‘jar’

Play pronunciation

J


Jerman


/j/

‘ya’

Play pronunciation

J


Sepanyol


/χ/

‘ha’

Play pronunciation

Tahukah Anda?

Hùn-tho̍k

訓讀

Orang Jepun dan Korea mencipta satu teknik menterjemah atau teknik membaca secara pemparafrasaan dikenali sebagai Kundoku 訓読 atau Gu-gyeol 구결 untuk menyelaraskan perbezaan di antara tulisan klasik dan bahasa pertuturan setempat mereka. Teknik yang hampir sama juga diamalkan di China dan Vietnam.
Langkah ini memastikan tulisan klasik akan dibaca dalam susunan perkataan dan kosa kata yang masuk akal dalam bahasa ibunda mereka. Pembaca akan ‘menterjemah’ dengan menggantikan teks bahasa Cina Kesusasteraan dengan perbendaharaan kata tempatan dan mengubahsuai tatabahasa apabila mereka menyebut perkataan.

學而時習之、不亦悅乎

まなびて ときに これを ならう、また よろこばしからず や

(Manabite toki-ni kore-wo narau, mata yorokobashikarazu ya)

Korean Annotated Literary Chinese Text

Ku-yeok In-wang-kyung 舊譯 仁王經 yang ditulis pada kurun ke-13 dalam bahasa Cina Kesusasteraan dengan nota keterangan bagi membantu pemahaman penutur Korea.

Terdapat amalan serupa di Eropah. Teks Latin disertakan dengan nota dalam bahasa orang kebanyakan (Inggeris Kuno, Perancis Kuno, Jerman Tinggi Kuno, Ireland Kuno dan banyak lagi) di sepanjang Puncak Abad Pertengahan. Tujuan utama nota keterangan ini adalah untuk membantu pembaca menginterpretasi teks asas dengan betul menggunakan bahasa asal mereka. Contohnya ialah Vespasian Psalter kurun ke-9 yang disimpan di Perpustakaan British.

Vespasian Psalter Annotated Latin Text

Pemecah Mitos

Fenomena dwibahasa (atau diglossia) kelas berpendidikan di serata Asia Timur yang mampu membaca dan menulis dalam bahasa Cina Kesusasteraan, satu bahasa bertulis yang sama, mengukuhkan mitos yang semua bahasa Cina berkongsi bentuk tulisan yang sama.
Ramai orang sering mendakwa bahawa maharaja pertama Tsîn ( Qin) telah menyatukan bahasa China dua milenium yang lalu untuk menyatakan sokongan mereka terhadap langkah menggantikan bahasa Hokkien dan bahasa lain dengan Mandarin. Hakikatnya maharaja tidak menyeragamkan bahasa pertuturan tetapi hanya aksaranya.

Bab 04

Tulisan Tidak Rasmi
di Asia Timur

Huruf-huruf dalam bahasa Cina Kesusasteraan menjadi asas kepada satu bentuk tulisan berprestij. Ramai orang di Asia Timur menggunakannya sebagai asas dan mengubah suai bentuk huruf-huruf Cina Kesusasteraan untuk mencipta satu bentuk tulisan terbitan bagi mewakili bunyi bahasa tempatan mereka.

Bahasa Jepun Bertulis

Orang Jepun mencipta aksara Kana (仮名) berdasarkan pemudahan huruf-huruf dalam Cina Kesusasteraan semasa zaman Heian (794–1185). Bahasa Cina Kesusasteraan wujud bersama dengan tulisan Kana, sama seperti di Latin yang wujud serentak dengan bahasa-bahasa Eropah biasa di Eropah. Hal ini menjadi satu kerangka rujukan untuk situasi di bahagian-bahagian lain di Asia Timur.

Penduduk di Asia Timur menggunakan aksara bahasa Cina Kesusasteraan sebagai permulaan dan menyesuaikan huruf-hurufnya untuk mencipta bentuk tulisan baru bagi mewakili bahasa-bahasa tempatan mereka.

Bahasa Vietnam Bertulis

Di banyak kawasan di Asia Timur, orang ramai mencipta bahasa tempatan mereka dengan mengubah suai dan menggunakan semula huruf-huruf sedia ada dalam teks-teks klasik. Bermula pada abad ke-13, orang Vietnam mula menulis puisi dalam bahasa tempatan menggunakan huruf kompaun yang dicipta secara setempat dan dikenali sebagai Chữ Nôm.

Chữ Nôm

Perkembangan tulisan tempatan terganggu selepas pencerobohan tentera China pada 1407 tetapi ia dihidupkan semula dari pertengahan abad ke-17 sehinggalah huruf-huruf Rumi dikuatkuasakan oleh kerajaan penjajah Perancis pada 1910.⁴

Van-Mieu-Chu-Nom
Chua Giap Nhat Thanh Xuan
Dong-Da-Chua-Mieu

Orang Vietnam menggunakan aksara-aksara dalam bahasa Cina Kesusasteraan untuk mencipta huruf-huruf terbitan yang dikenali sebagai Chữ Nôm untuk menulis bahasa Vietnam.

Tahukah Anda?

Bukan semua huruf-huruf bahasa Cina wujud dalam bentuk piktograf

pronunciation

Bukan semua huruf-huruf bahasa Cina wujud dalam bentuk piktograf iaitu pembaca akan memberikan apa-apa bunyi kepada mana-mana huruf (atau sebut seperti yang mereka mahu). Malah, majoriti daripada huruf-huruf bahasa Cina adalah huruf yang dikompaunkan, dengan menggabungkan satu bahagian yang mewakili maksud (semantik) dan satu bahagian lagi yang mewakili bunyi (fonetik). Kebanyakan pembaca boleh meneka sebutan sesuatu huruf berdasarkan bahagian fonetik huruf-huruf tersebut.

Pemecah Mitos

Kepercayaan popular bahawa aksara-aksara bahasa Cina ialah simbol-simbol yang menyerupai objek fizikal atau mewakili idea semata-mata adalah satu mitos. Malah, huruf-huruf demikian terdiri daripada sebilangan kecil sahaja kerana konsep-konsep abstrak sukar digambarkan dengan simbol-simbol.

bright

Kepercayaan bahawa huruf-huruf Cina ialah logo semata-mata, dengan pembacanya boleh memberikan sebarang bunyi mengukuhkan mitos bahawa semua bahasa-bahasa Cina berkongsi bentuk tulisan yang sama.

Bahasa Mandarin Bertulis

Mandarin Buddhist Text

Pada abad-abad yang berikutnya, Mandarin digunakan secara lebih meluas dalam genre kesusasteraan yang lain. Novel-novel seperti Hikayat Pinggir Air 水滸傳 dan Mimpi Kamar Merah 紅樓夢 ialah contoh-contoh kesusasteraan yang ditulis separuh dalam Mandarin dan separuh dalam tulisan klasik.

Jejak-jejak awal Mandarin boleh ditemui dalam kitab-kitab suci Buddhisme pada abad ke-10.

Kitab-kitab suci Buddhisme yang dikenali sebagai ‘Teks-teks Transformasi’ 變文 dan ‘Penjelasan Sutra’ 講經文 ditemui di Tun-hông (敦煌 Dunhuang). Teks-teks dengan pengaruh Mandarin bertulis yang lebih kuat boleh ditemui dalam genre kesusasteraan popular lain dalam kalangan sarjana neo-Confucius yang dikenali sebagai ‘Rekod-rekod Percakapan’ 語錄.

Bagaimanapun, Mandarin bukan satu-satunya bahasa di China yang mencipta satu bentuk tulisan. Banyak bahasa-bahasa lain seperti Hokkien, Kantonis, dan bahasa Shanghai juga mencipta bahasa bertulis mereka.

Malah, bahasa-bahasa yang lebih kecil seperti pelbagai bahasa Cuengh , Pe̍eh ( Bai), Kam, Biâu ( Miao), Iâu ( Yao) juga mencipta tradisi bertulis dengan cara yang sama.

Sawndip 1

Tulisan bahasa Cuengh.

Mandarin hanya menggantikan bahasa Cina Kesusasteraan sebagai bahasa bertulis rasmi pada 1920. Bahasa-bahasa bertulis Cina yang lain tidak diberikan sebarang status rasmi walaupun di daerah mereka sendiri. Malah, bahasa-bahasa ini dilabelkan sebagai ‘dialek’. Alasan di sebalik tindakan ini akan dijelaskan kelak.

Hokkien dan Teochew Bertulis

Buku tertua yang masih wujud dengan sejumlah besar Hokkien dan Teochew bertulis ialah sebuah naskhah teater bertajuk Cerita Cermin dan Laici 荔鏡記 atau lebih dikenali sebagai Tân-sann Gōo-niôo 陳三五娘. Versi yang masih ada sehingga hari ini ialah versi yang dicetak semula pada 1566. Ini bermakna penerbitan edisi sulung buku ini dilakukan lebih awal lagi.

Le-keng-ki 1

Cerita Cermin dan Laici

Satu lagi genre popular yang ditulis dalam Hokkien dan Teochew ialah risalah cerita bertajuk ‘Kua-á-tsheh’ 歌仔冊 dalam Hokkien atau ‘Kua-tsheh’ 歌册 dalam Teochew.

image 6

Risalah cerita puisi Hokkien yang dikenali sebagai ‘Kua-á-tsheh’.

Bahasa-bahasa Bertulis Lain di Selatan

Kisah-kisah Istimewa Kota Hokchew 閩都別記 ialah novel terkenal dengan 400 bab yang ditulis dalam Hokchew.

Ming-du Biek Ge 1

Gadis-gadis Gundik Shanghai 海上花列傳 ialah sebuah novel terkenal yang ditulis dalam bahasa Shanghai sementara satu genre buku lagu yang dikenali sebagai ‘petikan lirik’ 彈詞 popular di Soo-tsiu (蘇州 Suzhou) sarat dengan bahasa Gôo .

He-zang-huo-Liq-zoe 1

Satu genre buku lagu Kantonis yang dikenali sebagai ‘Buku-buku Ikan Kayu’ 木魚書 amat popular di wilayah yang menuturkan bahasa Kantonis sementara tulisan Khek boleh ditemui dalam ‘Buku Lagu Gunung’ 山歌書.

muk-jyu-syu 1

Satu contoh ‘Buku-buku Ikan Kayu’ dalam bahasa Kantonis.

Kesusasteraan jenis ini sangat popular namun oleh kerana ia kurang berprestij, banyak di antaranya tidak dipelihara dengan baik, dan sebahagian besarnya hilang.

Selain daripada novel-novel dan puisi-puisi, bahasa-bahasa serantau juga biasa digunakan dalam teks-teks keagamaan 科儀書, kontrak-kontrak dan bahan-bahan bercetak dan banyak lagi teks-teks tidak rasmi yang lain.

Penerbitan dalam Tulisan Rumi

Kehadiran mubaligh-mubaligh dari Barat di timur, terutamanya pada abad ke-19, mencetuskan kewujudan bahasa Cina vernakular (perbualan) yang ditulis dalam huruf Rumi.

Samuel-Dyer-Portrait 1

Samuel Dyer

Samuel Dyer dari Pertubuhan Mubaligh London, yang menetap di Pulau Pinang selama lapan tahun, menterjemahkan Kisah Dongeng Aesop ke dalam Hokkien Rumi dan menerbitkan bukunya di Singapura pada 1843. Sistem ejaan yang digunakannya terus berevolusi dan ia kemudian dikenali sebagai Pe̍h-ōe-jī 白話字.

Samuel-Dyer-Aesop_s-Fables 1

Angsa Bertelur Emas daripada Kisah Dongeng Aesop terjemahan Dyer.

Hokkien Rumi (Pe̍h-ōe-jī) menjadi sangat popular. Pada zaman kegemilangannya, satu daripada setiap tiga pucuk surat yang dikirim dalam wilayah yang menuturkan Hokkien di China ditulis dalam Pe̍h-ōe-jī. Malah, perkhidmatan pos juga tiada sebarang masalah untuk menghantar surat ke alamat yang ditulis dalam Hokkien Rumi.⁵

Pada 2006, kerajaan Taiwan menyusun dan menyeragamkan Pe̍h-ōe-jī untuk menyelaraskan perbezaan telor yang utama dan menamakannya semula sebagai Tâi-lô 台羅.

George-Gushue-Taylor-Lai-gua-kho-Khan-hoo-hak 1

Prinsip dan Amalan Kejururawatan oleh
George Gushue-Taylor (1917)

Lee-Kuan-Yew-Hokkien-speech 1

Ucapan politik Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ditulis dalam Pe̍h-ōe-jī sewaktu beliau berkempen dalam pilihan raya umum Singapura 1963.

Penerbitan Berkala
Bahasa-Bahasa Cina Selatan

Menjelang penghujung abad ke-19, syarikat akhbar mula menerbitkan majalah dan surat khabar dalam bahasa Cina yang berbeza-beza. Akhbar Mandarin yang pertama, Berita Rakyat 民報, diterbitkan pada 1873. Bahasa-bahasa di selatan China turut menerbitkan bahan-bahan berkala masing-masing.

Frame 65

Suara Teochew 潮聲 ialah akhbar bertulisan Teochew yang diterbitkan pada 1906.

Group 40

Surat Khabar Vernakular Canton (1907) 廣東白話報 dan Majalah Bahasa Vernakular Leng Naam 嶺南白話雜誌 (1908) diterbitkan dalam bahasa Kantonis.

Oleh kerana martabatnya, hampir semua karya dalam bahasa serantau mempamerkan pengaruh-pengaruh tulisan klasik. Kebiasaannya sukar untuk mengkategorikan sesuatu karya itu sebagai vernakular (bahasa perbualan) atau kesusasteraan kerana kesusasteraan itu merangkumi pelbagai bentuk gaya dan laras bahasa. Secara umumnya, lebih formal sesuatu karya itu, lebih hampir ia menyamai bahasa kesusasteraan.

Harrison-Forman-Hue-sio-tshu 1

Arahan penggera kebakaran dalam empat bahasa – bahasa Inggeris, bahasa Cina Kesusasteraan dengan frasa Hokkien ‘hué sio tshù’ (火燒厝), serta bahasa Melayu dalam tulisan Jawi dan Tamil. (Gambar oleh Harrison Forman di Singapura pada tahun 1941)

Bentuk-bentuk bertulis bahasa-bahasa Cina selatan berkembang seiring dengan perkembangan Mandarin. Namun, perkembangannya terbantut dan penggunaannya terbatas kerana perubahan dalam sistem kepercayaan penuturnya terhadap bahasa dan identiti mereka sendiri.

Bab 05

Hokkien Digunakan Sepenuhnya

Sebelum abad ke-20, setiap rantau mempunyai adat-adat dan tradisinya yang tersendiri dan menikmati autonomi budaya yang meluas. Bahasa-bahasa tempatan digunakan dalam semua aspek kehidupan masyarakat setempat.

“Ia (Hokkien) bukan semata-mata dialek basahan atau loghat semata-mata; ia dituturkan oleh mereka yang berpangkat tinggi dan juga oleh orang kebanyakan; oleh mereka yang terpelajar dan juga mereka yang tidak berpendidikan”

— Carstairs Douglas, Mubaligh Gereja Presbyterian di England (1873)

Too-kang-su-Sip-ngoo-im 1

Kamus sebutan ‘Lima Belas Bunyi’ pada awal abad ke-18 yang bertajuk Tōo-kang-su Si̍p-ngóo-im 渡江書十五音.

Sekolah-sekolah juga mengajar dalam bahasa tempatan mereka, dan bahan pengajaran dibangunkan untuk menyebarkan sebutan tempatan huruf-huruf Cina. Beberapa kamus sebutan yang terkemuka, yang umumnya dikenali sebagai ‘Lima Belas Bunyi’ 十五音, boleh didapati dengan meluas di wilayah-wilayah yang bertutur dalam bahasa Hokkien dan Teochew. Kebanyakan orang yang berpendidikan mempelajari sebutan tempatan huruf-huruf Cina menerusi kamus-kamus ini.

Kamus sebutan ‘Lima Belas Bunyi’ pada awal abad ke-18 yang bertajuk Tōo-kang-su Si̍p-ngóo-im 渡江書十五音.

Di selatan China (rantau bukan Mandarin), hanya sebahagian kecil sahaja daripada pegawai kerajaan boleh bertutur dalam Mandarin. Perkara ini satu kebiasaan sehingga abad ke-20.

Mandarin merupakan bahasa pertuturan istana maharaja yang berpusat di utara. Inilah asal-usul nama bahasa Cina di kawasan utara.

‘Mandarin’ 官話 secara harfiahnya bermaksud ‘bahasa golongan menteri’. Perkataan bahasa Inggeris ini diserap ke dalam bahasa Inggeris sebagai kata pinjaman daripada ‘mandarim’ dalam bahasa Portugis pada abad ke-16. Perkataan ini dipercayai mempunyai dua jenis pengaruh: istilah ‘mantri’ (मन्त्रि menteri) daripada Sanskrit dan kata kerja ‘mandar’ (mengarah) daripada bahasa Portugis.⁶

Dialek tempatan berbeza-beza di antara bandar ke bandar dan jenis yang dipertuturkan di pusat bandar besar lazimnya menjadi piawaian di rantau masing-masing.

Dialek Amoy ialah bahasa perantaraan di rantau yang menuturkan Hokkien; dialek Kanton ialah bahasa perantaraan Kuínn-tang (廣西 Guangdong) dan sebahagian daripada Kuínn-sai (廣西 Guangxi). Bahasa Shanghai diterima meluas sebagai piawaian di rantau utara Gôo ( Wu).

Pelbagai Manusia,
Berbeza Bahasa

Sebelum abad ke-20, orang China tidak menganggap bahasa-bahasa mereka sebagai satu bahasa tunggal. Pandangan bahasa Cina sebagai satu bahasa tunggal dengan pelbagai dialek hanya muncul selepas kebangkitan nasionalisme Hàn pada penghujung abad ke-19.

Kerajaan Tsheng ( Qing) pada abad ke-18 mengakui bahawa bahasa-bahasa di Kuínn-tang (廣東 Guangdong) tidak dapat difahami di antara satu sama lain. Penjelasan tentang taburan bahasa Khek, Kantonis, dan Teochew di wilayah itu selari dengan taksonomi linguistik pada hari ini.

“Bahasa di Heng-lêng (興寧 Xingning) dan Tióng-lo̍k (長樂 Changle) serupa dengan Siau-tsiu (韶州 Shaozhou). Perkataan untuk ‘saya’ ialah ‘ngaai’. Orang Kantonis menyebutnya sebagai “Ngaai4 zi2”. Teochew dipertuturkan di timur dan serupa seperti Hokkien. Teochew mempunyai banyak perkataan yang tiada bentuk bertulis dan tidak dapat difahami oleh orang Kantonis. Bahasa di Tiāu-khèng (肇慶 Zhaoqing), Ko-tsiu (高州 Gaozhou), Liâm-tsiu (廉州 Lianzhou) dan Luî-tsiu (雷州 Leizhou) adalah serupa dengan Kantonis namun orang di situ tidak dapat bertutur dengan jelas. Dalam Kantonis, penjodoh bilangan bagi manusia adalah ‘go3’ dan bagi haiwan adalah ‘jek3’ . Namun, ia adalah sebaliknya di rantau-rantau yang disebutkan tadi. Pulau Hái-lâm (海南 Hainan) terletak di laut. Bahasa mereka hampir sama seperti Teochew dan kadang-kala mereka kedengaran seperti orang Hokkien. Sesetengah daripada mereka bertutur seperti orang di Liâm-tsiu 廉州.”

— Rekod Menyeluruh Kuínn-tang (廣東 Guangdong) (1731)

Rekod Menyeluruh Kuínn-tang (Guangdong) yang dipinda pada 1561 menyifatkan Kantonis sebagai bahasa yang ‘betul’ dan Teochew kedengaran ‘asing’. Ini pandangan mereka tentang bahasa mereka di antara satu sama lain…

“Orang-orang Khek masih bertutur bahasa mereka sendiri walaupun telah menetap dan bekerja sebagai buruh di Tseng-siânn 增城 selama beberapa generasi. Bahasa mereka kedengaran seperti bunyi yang buruk. Anda boleh meneka mereka bukan dari sini tanpa perlu bertanya kepada mereka.”

— Rekod Daerah Tseng-siânn 增城 (zaman Khiân-liông 乾隆)

“Teochew kedengaran seperti satu bahasa asing. Ia sangat serupa dengan Hokkien justeru terdapat banyak perkataan yang tidak wujud dalam bentuk tulisan. Ia juga tidak saling dapat difahami dengan bahasa-bahasa di sekitar rantau berdekatan.”

— Rekod Menyeluruh Teochew 潮州府志 (zaman Khiân-liông 乾隆, 1762)

Tionn-kû 張渠, seorang penutur Mandarin dari Hô-pak (河北 Hebei) yang tinggal di Huī-tsiu (惠州 Huizhou) pada 1730, sebuah bandar yang didiami orang Kantonis, Khek dan Hoklo (Swabue-Teochew), menyifatkan bahasa-bahasa di rantau itu “tidak dapat difahami seperti bahasa-bahasa asing” (侏㒧難解).

“Wilayah Kuínn-tang (廣東 Guangdong) dan Hok-kiàn (福建 Fujian) yang tidak bertamadun dihuni oleh keturunan Lima Maharaja. Mereka menyimpan rekod salasilah keluarga mereka. Adat mereka serupa dengan Sembilan Wilayah (China). Bagaimana mereka sama seperti orang gasar dari padang pasir yang menggulingkan maharaja kita dengan perisai dan kapak mereka?”

— Tsiong Péng-lîn 章炳麟, Buku Paksaan 訄書 (1899)

Penekanan Tsiong Péng-lîn tentang penduduk di wilayah Kuínn-tang (Guangdong) dan Hok-kiàn (Fujian) yang sama seperti wilayah-wilayah lain, merupakan bukti jelas bahawa penduduk-penduduk daripada kawasan yang berlainan di China tidak menganggap diri mereka sebagai satu rumpun bangsa yang sama.

Bab 06

Siapa Itu ‘Bangsa Hàn’?

Lebih 90% daripada orang Cina hari ini menganggap diri mereka berbangsa ‘Hàn’ . Namun istilah ‘Hàn’ tidak merujuk kepada sekumpulan bangsa sebelum abad ke-20. Ia satu kategori yang digunakan oleh orang di luar China untuk merujuk kepada mereka yang bermastautin dan terlibat dalam pertanian. Ia mempunyai konotasi yang sama seperti perkataan ‘orang Malaysia’ pada hari ini, yang tidak merujuk kepada mana-mana kaum yang khusus.

Mereka yang menganggap diri mereka sebagai ‘berbangsa Hàn’ atau ‘orang Cina’ pada hari ini menganggap satu sama lain sebagai orang yang berbeza pada satu masa dahulu.

Hal ini boleh dilihat menerusi sistem pendaftaran negara Malaysia, terutamanya pada separuh pertama abad ke-20.

Ramai orang Cina Malaysia tidak menganggap diri mereka sebagai ‘orang Cina’ tetapi menggolongkan diri mereka berdasarkan kumpulan bahasa masing-masing seperti Hokkien, Khek, Kantonis, Teochew dan lain-lain lagi.

Malaysia Birth Certificate Hokkien
Malaysia Birth Certificate Teochew

Sijil lahir membezakan orang Hokkien dan orang Teochew sebagai dua kumpulan bangsa yang berbeza.


Orang Hokkien (Sangley) dan orang Khek (Hakka) digambarkan sebagai kumpulan bangsa berbeza dalam satu manuskrip abad ke-16 yang dikenali sebagai Kodeks Boxer.

Boxer-Codex-Hokkien-Sangley
Boxer-Codex-Hakka

Gambaran orang Hokkien dan Khek dalam Kodeks Boxer.


Kerajaan Vietnam juga mengkelaskan populasi pribumi yang menetap di kampung-kampung di sepanjang sempadan Vietnam dan bertutur dalam Khek dan Ua̍t/Yue sebagai orang yang berbeza–orang Ngái dan orang Sán Dìu. Mereka tidak dianggap sebagai orang ‘Hàn’ secara berkelompok.

Vietnam-Ethnic-Groups

Imej di atas diambil di Muzium Etnologi Vietnam, Hanoi, yang memaparkan gambar-gambar orang daripada pelbagai kumpulan etnik.

Sán Dìu dan Ngái kedua-duanya ialah penutur bahasa Sinitik (Ua̍t/Yue dan Khek) yang tinggal di utara Vietnam. Kategori Hoa (di tengah, bahagian atas) diciptakan berdasarkan ideologi etnik ‘Hàn’ untuk merangkumi keturunan semua etnik Cina yang tinggal di bandar-bandar utama, termasuk penutur Ua̍t/Yue dan Khek, walaupun penutur Ua̍t/Yue dan Khek telah pun ada kategori masing-masing.

Paparan ini menunjukkan betapa sewenang-wenangnya pengkategorian etnik boleh berlaku.

Siapakah ‘Orang Hàn’ dalam Rekod-rekod Sejarah?

Istilah ‘orang Hàn’ 漢人 boleh ditemui dalam rekod-rekod sejarah namun ia digunakan untuk merujuk kepada penduduk yang diperintah oleh dinasti Hàn pada 2000 tahun dahulu; iaitu Hàn Barat (202 Sebelum Masihi–23 Masihi) dan Hàn Timur (25–220). Maka, ia adalah satu istilah politik, dan bukan istilah bangsa, dan tidak lagi digunakan selepas dinasti tersebut runtuh.

Perkataan ‘Hàn’ hanya digunakan kembali sewaktu pemerintahan Mongol (1271–1368). Pemerintah Mongol memecahkan penduduknya kepada empat kumpulan; Mongols, Sek-bo̍k 色目, Hàn dan orang-orang Selatan 南人. Orang-orang selatan China yang menganggap diri mereka sebagai Hàn pada hari ini tidak dianggap oleh pemerintah Mongol sebagai Hàn tetapi sebagai orang-orang Selatan 南人. Sebaliknya, sebilangan orang Khitan dan Jurchen yang tinggal di kawasan tertentu dikelaskan sebagai ‘orang Hàn’ 漢人.

Istilah ‘bangsa Hàn’ 漢族 jarang muncul dalam teks-teks sejarah sebelum penghujung kurun ke-19 dan tidak membawa maksud moden bangsa Hàn. Sebagai contoh, ia digunakan untuk merujuk seorang orang Korea oleh seorang orang Korea yang lain, dan itulah penggunaan istilah tersebut yang terakhir diketahui.⁷

China merupakan sebuah masyarakat yang berasaskan kekeluargaan dan pada asalnya ia tidak mempunyai idea moden tentang sebuah ‘bangsa’. Ia mula berubah pada permulaan abad ke-20 apabila konsep ini diimport dari Barat menerusi Jepun, dan idea politik identiti digunakan sebagai senjata untuk menggulingkan pemerintah.

China tidak mempunyai sebarang perkataan untuk ‘bangsa’ atau ‘etnik’. Perkataan moden ‘bîn-tso̍k 民族’, ialah perkataan ciptaan Jepun yang dipinjam ke dalam bahasa Cina.

Terminologi yang paling kerap digunakan orang selatan China untuk merujuk kepada diri mereka ialah Tn̂g-suann-lâng 唐山人 (atau Tn̂g-lâng 唐人) yang bermaksud ‘orang gunung Tn̂g’. Istilah ini merujuk kepada geografi dan bukan talian persaudaraan.

Bab 07

Bagaimana ‘Bangsa
Hàn’ Tercipta?

Unsur 1

Ancaman
Luar

Bermula pada pertengahan kurun ke-19, pencerobohan kuasa-kuasa asing mencetuskan kebimbangan dalam kalangan elit-elit negara China. Pada 1895, China kalah dalam perang dengan Jepun dan ia memberikan tamparan hebat kepada China kerana Jepun ialah sebuah negara yang sebelumnya membayar ufti kepada China. Sebagai langkah memodenkan negara mereka, ramai pelajar China pergi ke Jepun dan ke Barat untuk belajar.

Salah satu idea yang dibawa balik dari Barat ialah pengkelasan terhadap bangsa manusia dan ramai orang menganggap idea ini sebagai kebenaran saintifik.

Unsur 2

Darwinisme Sosial
& Perkauman

Pada Disember 1897, Giâm Ho̍k 嚴復 menterjemahkan Evolusi dan Tatasusila 天演論, tulisan Thomas Huxley ke dalam bahasa Cina Kesusasteraan. Idea Darwin yang diubah suai tentang pemilihan semula jadi diguna pakai ke atas satu spesis iaitu manusia. Idea ini yang dikenali sebagai Darwinisme sosial, mula berkembang di China.

Thomas-Huxley-Evolution-and-Ethics
Thian-ian-lun

Giâm Ho̍k menterjemahkan Evolusi dan Tatasusila oleh Thomas Huxley ke dalam bahasa Cina Kesusasteraan.

Ramai pembaca terjemahan beliau menerima idea bahawa semua orang Cina tergolong dalam ‘bangsa kuning’, dan ‘bangsa kuning’ ini bersaing dengan ‘bangsa putih’.

Kegagalan Reformasi Seratus Hari pada 1898 membuatkan ramai aktivis kecewa dengan pemerintah Manchu yang tidak melaksanakan reformasi dengan segera. Susulan itu, kumpulan ini berpecah kepada dua puak; reformis-reformis yang mahu mendesak pelaksanaan reformasi secara aman, dan revolusioner yang mahu terus menggulingkan pemerintah Manchu.

Bagaimanapun, menurut mereka yang berada di dalam puak revolusioner, idea ‘bangsa kuning’ tidak lagi boleh digunakan untuk menggembeling orang ramai kerana pemerintah Manchu dianggap sebahagian daripada bangsa yang sama berdasarkan pengkelasan tersebut. Mereka mula membangunkan idea identiti baharu. Golongan revolusioner mula membangunkan idea ‘bangsa Hàn’ untuk memisahkan pemerintah Manchu daripada ‘bangsa kuning’. Dengan cara demikian, mereka boleh menyemarakkan kebencian terhadap pemerintah Manchu dengan lebih meyakinkan.⁸

Unsur 3

Mencipta Satu Leluhur yang Sama

章太炎

Pada Mei 1899, seorang pemimpin puak revolusioner Tsiong Péng-lîn (章炳麟 Zhang Binglin) menulis rencana bertajuk ‘Maharaja Jemputan’ 客帝 dan mula menyisihkan pemerintah Manchu sebagai sebagai bangsa ‘gasar’. Beliau menjadi orang pertama yang mencipta istilah ‘bangsa Hàn’ 漢族 dalam konteks zaman moden dan menjadi pelopor utama dalam mendefinisikan identiti bangsa Hàn.

Tsiong
Péng-lîn

炳麟

Golongan revolusioner menyifatkan pemerintah Manchu sebagai lemah, mudah disogok, dan orang gasar dari utara yang suka menindas dan bukan berasal dari China. Mereka berhujah bahawa rejim Manchu perlu digulingkan demi menyelamatkan rakyat daripada dihancurkan oleh kuasa asing.

Mereka mencipta istilah ‘kepupusan kaum’ 滅種 untuk menyemai rasa takut dalam kalangan orang ramai yang sudah terbiasa dengan ketakutan tradisi berkaitan dengan ‘kepupusan keluarga’ 滅族.

Kategori ‘Hàn’ yang digunakan pemerintah Manchu untuk mengkelaskan masyarakat yang terlibat dalam pertanian digunakan oleh golongan revolusioner secara simbolik untuk mencipta identiti keturunan yang baharu.

Golongan berpendidikan pada masa itu masih sedar akan watak mitos Maharaja Kuning 黃帝 yang disebut dalam Rekod Ahli Sejarah Agung 史記 karangan Su-má Tshian (司馬遷 Sima Qian). Walaupun tiada bukti bahawa watak ini pernah wujud, golongan revolusioner mengangkat Maharaja Kuning 黃帝 sebagai nenek moyang kepada semua ‘bangsa Hàn’. Menerusi dakwaan ini, mereka menukar sekumpulan masyarakat majmuk menjadi saudara-mara sedarah daging, dan ia menjadi senjata politik yang sangat ampuh untuk meniup semangat memberontak.

Kerajaan nasionalis (Republik) China terus mempromosikan Maharaja Kuning sebagai nenek moyang asal orang Cina. Gambaran tentang Maharaja Kuning ini boleh ditemui dalam buku teks dan wang kertas bank pada awal kurun ke-20.

Yellow-Emperor-B
Yellow-Emperor-A
Yellow-Emperor-C

Maharaja Kuning dipromosikan sebagai nenek moyang asal orang Cina dalam buku-buku teks sekolah.

Republic-of-China-banknote
Federal-Reserve-Bank-of-China-banknote
`1

Bank-bank juga mempromosikan Maharaja Kuning sebagai nenek moyang asal orang Cina.

Anti-Manchuisme

Dalam usaha menyisihkan Manchu, Tsau Iông (鄒容 Zou Rong) yang menerbitkan risalah revolusi paling berpengaruh pada 1903, Tentera Revolusi 革命軍 memecahkan ‘bangsa kuning’ kepada beberapa bangsa lebih kecil.

Tsau
Iông

Tsau-Iong-Portrait
Revolutionary-Army

Tentera Revolusi (1903)

Menurutnya, orang Cina ialah kaum Hàn 漢族 sementara orang Manchu adalah kaum Tungus 通古斯族 dan beliau menegaskan bahawa “kaum perlu dibeza-bezakan dengan jelas untuk melaksanakan revolusi”.

Tsau Iông (鄒容 Zou Rong) menyebut tentang mitos Maharaja Kuning dalam hampir setiap bab risalahnya demi memastikan ‘calon’ nenek moyang kaum Hàn tersemat kemas dalam minda pembacanya.

Menyemarakkan Ketakutan Terhadap Ancaman Luar untuk Membangkitkan Nasionalisme Hàn

Pendefinisian ‘Hàn’ yang meliputi populasi yang lebih meluas membolehkan golongan pemerintah untuk memusatkan kuasa mereka dan memerintah lebih ramai rakyat.

Walaupun sentimen anti-Manchu lenyap dengan segera selepas pemerintah Manchu digulingkan, idea tentang persaingan kaum dan ancaman luar kekal wujud dalam sistem pendidikan dan wacana politik. Ideologi ini terus digunakan oleh golongan elit untuk meraih sokongan.

Perkembangan nasionalisme Hàn menjadi permulaan kepada dominasi Mandarin, yang membentuk kumpulan paling besar dalam kumpulan Hàn.

Bab 8

Majoriti yang
Menjadi Minoriti

Penguasaan orang Hokkien dalam bidang pelayaran bermula pada kurun ke-11. Má-huan 馬歡, seorang pelayar terkenal, menulis tentang kehadiran orang Hokkien di Jawa seawal kurun ke-15. Banyak bahasa Cina selatan, terutamanya Hokkien, menjadi bahasa pertuturan di kota dan bandar di Taiwan dan Asia Tenggara kerana penghijrahan.

Oleh kerana bilangan penuturnya yang ramai, Hokkien muncul sebagai bahasa komunikasi di antara kumpulan-kumpulan bahasa. Meluasnya penggunaan Hokkien boleh diamati di kawasan bandar di pantai barat semenanjung Malaysia, terutama sekali di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Perkembangan Hokkien direncatkan oleh kebangkitan nasionalisme Hàn pada kurun ke-20. Apabila pemimpin-pemimpin Hokkien mula menganggap kumpulan-kumpulan bahasa lain di China sebagai ‘orang mereka sendiri’, secara psikologinya, mereka menjadikan diri mereka sendiri golongan minoriti.

Penerimaan satu identiti baru menjadi pendorong utama dalam pembentukan satu bahasa yang sama. Pendefinisian Hàn yang meliputi Mandarin, sebuah kumpulan bahasa yang lebih besar, menyumbang kepada penurunan taraf bahasa-bahasa Cina lain sebagai ‘dialek’.

Nasionalisme Hàn di Malaysia

Politik identiti di Malaysia, terutamanya di antara Melayu dan Cina, memberikan talian hayat baharu kepada nasionalisme Hàn. Namun, pengaruh ideologi nasionalis ini dalam ruang lingkup bahasa kemudiannya mempengaruhi pandangan ramai pemimpin Hokkien yang menganggap Mandarin sebagai bahasa Cina hakiki.

Sebilangan daripada pemimpin-pemimpin ini kemudiannya menjadi pendukung dalam memperjuangkan Mandarin untuk menggantikan bahasa mereka sendiri demi menyatukan orang-orang Cina dalam usaha untuk menyekat ‘keagresifan budaya Melayu’.⁹

Hokkien-Associations-support-Mandarin

Pemimpin-pemimpin Hokkien ini begitu teruja dengan Mandarin sehingga mahu ia menggantikan semua bahasa Cina selatan, termasuklah Hokkien, dalam siaran awam.

Lim Lian Geok 林連玉 dan Sim Mow Yu 沈慕羽 ialah dua tokoh Hokkien terkemuka. Terpesona dengan nasionalisme Hàn, mereka muncul sebagai pendukung utama pendidikan bahasa Mandarin, bukannya bahasa Hokkien.

Lebih-lebih lagi, Sim Mow Yu 沈慕羽, yang merupakan anggota Parti Nasionalis China (Kuomintang), menubuhkan sebuah sekolah di Melaka. Salah satu di antara matlamat beliau adalah menggantikan bahasa ibundanya, Hokkien, dengan Mandarin.

Lim-Lian-Geok

Lim Lian Geok

林連玉

Lim Lian Geok, seorang tokoh masyarakat berketurunan Hokkien, menjadi pendukung utama pendidikan Mandarin di Malaysia.

Sim-Mow-Yu

Sim Mow Yu

沈慕羽

Sim Mow Yu, seorang pemimpin Hokkien terkemuka, menjalankan kempen di Melaka untuk menggantikan bahasa ibundanya dengan Mandarin.

Sim Mow Yu 沈慕羽 mengasaskan Sekolah Malam Seng Cheong 晨鐘夜學 untuk mempromosikan Mandarin dan sebagai satu cara untuk menggantikan Hokkien dengan Mandarin di Melaka.

Seng-Cheong-Night-School

Sekolah Malam Seng Cheong yang diasaskan Sim Mow Yu di Melaka.

Melaka-Hokkien

Pameran galeri di Melaka meraikan sumbangan Sekolah Malam Seng Cheong yang menggantikan bahasa Hokkien dengan bahasa Mandarin dalam kalangan masyarakat Cina di Melaka.

Pada abad yang lalu, institusi-institusi pendidikan yang dianjurkan oleh golongan nasionalis meminggirkan bahasa sendiri sebagai bahasa pengantar dan beralih kepada bahasa Mandarin.

Walaupun institusi-institusi ini mendakwa menyediakan ‘pendidikan bahasa ibunda’, mereka sebenarnya melarang bahasa-bahasa ibunda dengan menghukum dan mendenda pelajar yang bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Bab 09

Sikap Pilih Kasih dalam
Pengkelasan Bahasa

Dalam pengkelasan linguistik, dialek-dialek lazimnya didefinisikan sebagai kepelbagaian kepada sesuatu bahasa yang saling boleh difahami. Namun, bahasa Cina tidak mempunyai perkataan untuk menzahirkan idea ini sebelum 1920-an.

Apabila pengkelasan linguistik moden diimport ke China dari Barat menerusi Jepun pada 1920-an, perkataan asal ‘hong-giân’ (方言 fangyan) disesuaikan dan diguna pakai untuk menterjemahkan perkataan ‘dialek’. Salah guna istilah ini mencetuskan konflik dalam maksudnya kerana makna asal ‘hong-giân’ 方言 ialah ‘bahasa di satu-satu tempat’ sahaja.¹⁰

Perkataan tersebut secara tradisionalnya digunakan sebagai satu istilah yang meliputi semua bahasa yang bukan merupakan bahasa istana maharaja. Malah, bahasa Inggeris, Portugis dan bahasa Belanda semuanya dirujuk sebagai ‘hong-giân’ 方言.

Merujuk bahasa-bahasa Eropah ini secara berterusan sebagai ‘hong-giân’ (方言 fangyan) adalah tidak munasabah apabila perkataan tersebut kini mempunyai maksud yang baharu. Namun, tulisan-tulisan saintifik dan popular, terutamanya dalam Mandarin, terus menggunakan istilah ‘dialek’ apabila merujuk kepada bahasa-bahasa Cina yang lain dan memberikan gambaran seolah-olah semua bahasa Cina adalah saling boleh difahami.

Linguistic taxonomy promoted by Hàn nationalists

Taksonomi linguistik palsu yang dipromosikan oleh nasionalis Hàn.

‘Hong-giân’ (方言 Fangyan) Sebagai Senjata untuk Menghapuskan Kemajmukan

Golongan elit yang boleh bercakap Mandarin ialah golongan yang memperoleh manfaat paling besar daripada situasi sebegini. Persepsi Hàn sebagai satu kesatuan bangsa diperkukuhkan menerusi langkah mempromosikan Mandarin sebagai bahasa Cina yang sah di samping merendahkan status bahasa-bahasa lain kepada dialek (atau versi Mandarin yang rosak). Hasilnya, ia juga membolehkan kuasa dimonopoli oleh segelintir elit.

Sòng Him-kiâu 宋欣橋, seorang profesor universiti di Hong Kong yang juga seorang pejuang Mandarin mendakwa, penutur Mandarin dan Kantonis tergolong dalam bangsa ‘Hàn’ sekaligus menjadikan ‘Mandarin dan Kantonis sebagai satu bahasa yang sama’. Beliau juga menggunakan kekeliruan dalam maksud ‘dialek’ untuk mengukuhkan hujahnya yang mendakwa Kantonis tidak layak menjadi bahasa ibunda penduduk Hong Kong.¹¹ Kenyataannya mencetuskan kekecohan pada 2018.

Dasar Bahasa yang Didorong oleh
Ideologi Nasionalis Hàn

Kebanyakan dasar berkaitan bahasa yang dilaksanakan pada abad ke-20 adalah berdasarkan ideologi nasionalis Hàn. Dasar-dasar ini bertujuan untuk merendahkan status bahasa-bahasa serantau dan mengehadkan penggunaan bahasa-bahasa ibunda setempat dalam ruang lingkup awam. Sesetengah kerajaan seperti di Taiwan dan Singapura malah bertindak mengharamkan bahasa ibunda setempat.

15 Februari 1913

Kerajaan republik yang baru ditubuhkan berpandangan bahawa bahasa Cina ialah bahasa tunggal dan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyeragamkan sebutan semua aksara yang terkandung dalam kamus rima, Peka Fonologi (音韻闡微). Suruhanjaya itu (讀音統一會) yang menggunakan sistem undian dengan setiap provinsi diberikan satu undi memberikan kelebihan kepada Mandarin dan menjadi asas kepada dominasi Mandarin.

12 Januari 1920

Sewaktu Gerakan Budaya Baharu, Kementerian Pendidikan Republik China mengeluarkan satu perintah bahawa bahasa Cina Kesusasteraan digantikan dengan ‘bahasa Cina perbualan’ 語體文 demi memastikan bahasa percakapan selari dengan bahasa bertulis di semua kelas tahun pertama dan tahun kedua sekolah-sekolah rendah. Golongan elit yang menjunjung ideologi nasionalis menganggap Mandarin bertulis sebagai satu-satunya bahasa Cina perbualan.

Mei 1932

Kementerian Pendidikan Republik China menerbitkan panduan sebutan Kamus Sebutan Kebangsaan untuk Kosa Kata Yang Kerap Digunakan 國音常用字彙, berdasarkan sebutan Mandarin Pak-kiann (Beijing). Ia mengukuhkan Mandarin Pak-kiann (Beijing) sebagai bahasa Cina rasmi.

2 April 1946

Kerajaan Republik China melancarkan Gerakan Bahasa Kebangsaan 國語運動 untuk mempromosikan Mandarin di Taiwan selepas mula memerintah pulau tersebut. Pelajar-pelajar dihukum apabila bercakap bahasa-bahasa tempatan seperti Hokkien, Khek dan bahasa ibunda Austronesia.

1953

Pawagam-pawagam di Taiwan dilarang daripada menggajikan tukang cerita berbahasa Hokkien.

17 Oktober 1955

Gereja-gereja di Taiwan diharamkan daripada menggunakan Hokkien Rumi (Pe̍h-ōe-jī).

Taiwan-banned-POJ

Pengumuman kerajaan tentang pengharaman Hokkien Rumi (Pe̍h-ōe-jī).

6 Februari 1956

Majlis Negara Republik Rakyat China mengeluarkan arahan untuk mempromosikan Mandarin dan mula menggantikan bahasa-bahasa tempatan dengan Mandarin dalam ruang awam seperti pendidikan dan siar raya.

11 Februari 1958

Kerajaan China meluluskan skim fonetik bahasa Mandarin dengan merujuknya sebagai ‘Huruf Fonetik untuk bahasa Hàn’ (漢語拼音 Hanyu Pinyin). Nama begini mempromosikan idea nasionalis bahawa Mandarin satu-satunya bahasa Cina Hàn.

November 1959

Pawagam-pawagam di Taiwan dilarang daripada menayangkan filem-filem Mandarin dengan jurubahasa Hokkien. Pawagam-pawagam perlu membetulkan ‘kesilapan’ mereka atau memberhentikan operasi kerana ketidakpatuhan.

12 November 1963

Kerajaan Taiwan mengeluarkan arahan untuk mengehadkan Hokkien dan Khek di radio dan TV. Ia dihadkan kepada tidak lebih daripada 50% keseluruhan program.

1 Disember 1972

Kerajaan Taiwan memperhebatkan kekangan ke atas bahasa Hokkien Taiwan dalam siaran TV kepada hanya sejam sehari.

8 Januari 1976

Kerajaan Taiwan mewartakan satu undang-undang yang mewajibkan semua stesen radio untuk mengurangkan program berbahasa Hokkien dan Khek pada setiap tahun.

Taiwan-banned-Hokkien

Laporan Berita Harian Bersatu tentang undang-undang yang memaksa media mengurangkan program dalam bahasa Hokkien dan Khek.

7 September 1979

Singapura melancarkan Kempen Cakap Mandarin. Semua siaran dalam bahasa Cina selatan diharamkan daripada TV dan saluran radio sehingga ke hari ini. Kempen ini menggunakan beberapa slogan yang mempromosikan pandangan nasionalis dengan menyamakan orang Cina atau bangsa Hàn dengan Mandarin, sekaligus menurunkan taraf bahasa-bahasa Cina lain kepada dialek atau versi Mandarin yang tidak murni. Slogan-slogan yang digunakan adalah seperti berikut:

  • 多講華語,少說方言 (Lebihkan cakap Mandarin, kurangkan percakapan dialek)
  • 華人講華語,合情又合理 (Bangsa Cina sepatutnya bercakap Mandarin)
  • 華人 · 華語 (Orang Cina = bahasa Mandarin)

Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, melancarkan Kempen Cakap Mandarin pada 1979 dengan slogan ‘Lebihkan cakap Mandarin, kurangkan percakapan dialek’.

“Kempen Cakap Mandarin bertujuan untuk memusnahkan bahasa ibunda sebenar orang Cina Singapura, dengan merendah-rendahkan ia sebagai ‘dialek’ Mandarin sedangkan hakikatnya kedua-duanya ialah bahasa yang saling tidak boleh difahami seperti bahasa Inggeris, Jerman dan Denmark.”

– The Economist, 22 Februari 2020

22 Mac 1980

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Selangor 雪蘭莪中華工商總會 meniru Kempen Cakap Mandarin Singapura dan melancarkan kempen yang serupa di Malaysia. Jawatankuasa Kerja Mempromosikan Mandarin Selangor dan Kuala Lumpur 雪隆推廣華語工作委員會 ditubuhkan pada 22 Mac 1980 dengan sokongan banyak akhbar dan organisasi media, persatuan guru-guru, termasuk pertubuhan-pertubuhan Hokkien, Hailam dan Teochew.

Malaysia-Speak-Mandarin-Campaign 1

Persatuan-persatuan Hokkien, Hailam dan Teochew terpengaruh dengan ideologi nasionalis dan terlibat dalam mempromosikan bahasa utara tersebut.

27 April 1980

Pejabat Penerangan Kerajaan Taiwan mengarahkan semua stesen TV untuk mengurangkan program Hokkien dan Khek pada setiap tahun sehingga ia dimansuhkan sepenuhnya dari gelombang udara.

16 Disember 1985

Kerajaan Taiwan bercadang untuk meluluskan undang-undang drakonian yang mengharamkan semua perbualan dalam Hokkien dan Khek, termasuklah sebarang pertemuan melibatkan lebih daripada tiga orang di tempat awam. Pesalah berulang kali akan berdepan denda antara NT$3,000 ke NT$10,000.

31 Oktober 2000

Republik Rakyat China meluluskan Undang-undang Pertuturan dan Tulisan Bahasa Cina Piawai 中華人民共和國國家通用語言文字法 untuk mengehadkan penggunaan bahasa-bahasa tempatan. Sebarang siaran dalam bahasa-bahasa tempatan memerlukan kelulusan daripada Jabatan Radio dan Televisyen Kebangsaan.

Slogan bersifat diskriminasi yang digunakan kerajaan China dalam mempromosikan Mandarin:

  • Cakap Mandarin dan jadi bertamadun.
  • Cakap Mandarin dan jadi warganegara bermaruah.
  • Cakap Mandarin, tulis dalam huruf piawai, jadi pelajar yang baik.
  • Biasakan guna bahasa yang sama dan tingkatkan kualiti budaya kebangsaan kita.
  • Bahasa negara kita indah. Sila cakap Mandarin.
Speak-Mandarin-and-be-civilised 1

Slogan ‘Cakap Mandarin dan jadi bertamadun’ dipaparkan pada papan di belakang.

Speak-Mandarin-and-be-civilised 1(1)

Muzium Tsìn-kang tidak berhenti mempromosikan bahasa Mandarin walaupun bahasa Hokkien beransur-ansur digantikan dengan bahasa Mandarin di wilayah Hokkien. (Gambar oleh Marvin Sy pada tahun 2024)

18 Oktober 2004

Jabatan Radio dan Televisyen Kebangsaan Republik Rakyat China mengeluarkan arahan melarang filem-filem asing daripada dialih bahasa ke dalam mana-mana bahasa tempatan selain daripada Mandarin.

Bab 10

Balik ke Pangkal Jalan?

Kelestarian
Bahasa

Penggunaan sesuatu bahasa ialah penanda aras penting akan kelestarian bahasa tersebut. Sesuatu bahasa itu dianggap terpelihara jika ia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pekerjaan, media massa, dan di peringkat kerajaan serta antarabangsa. Namun, sesuatu bahasa itu berdepan risiko kepupusan jika ia hanya digunakan di kalangan kawan-kawan rapat atau dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Lebih meluas sesuatu bahasa itu digunakan dalam pelbagai keadaan, lebih banyak perbendaharaan kata akan terbina. Apabila generasi tua berhenti menuturkan sesuatu bahasa itu dengan generasi lebih muda, ia bermakna penggunaan bahasa itu mula merosot dan ia akan pupus dalam tempoh satu atau dua generasi.

Penggantian
Linguistik

Nasionalisme Hàn menjadi asas ideologi untuk mengeksport Mandarin ke daerah dan bidang yang ia tidak pernah dituturkan sebelum ini. Ideologi ini mendorong dana awam dan sumber-sumber persendirian disalurkan untuk mengembangkan dan mempromosikan Mandarin, dan menyebabkan bahasa-bahasa Cina yang lain dipinggirkan tanpa sokongan.

Larangan penggunaan bahasa-bahasa tempatan dalam kehidupan awam dan menggantikannya dengan Mandarin, terutama sekali dalam bidang pendidikan, terbukti berkesan dalam merendahkan nilai bahasa-bahasa tempatan.

Sekolah-sekolah menetapkan kebiasaan berbahasa dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mahu anak mereka cemerlang di sekolah akan didorong untuk bercakap bahasa sekolah tersebut sejak anaknya mula lahir lagi.

Promosi Mandarin dan nasionalisme Hàn secara berterusan telah dan masih memberikan kesan yang buruk terhadap kelestarian semua bahasa-bahasa Cina selain Mandarin.

Rombakan Semula Dasar

Sehingga kini, fenomena peminggiran bahasa yang dihuraikan dalam pameran ini merupakan penggantian linguistik bahasa-bahasa tempatan dengan satu bahasa tunggal yang terbesar dan terpantas dalam sejarah global. Bahasa-bahasa Cina selain Mandarin akan terpadam terus dari lipatan sejarah di Tanah Besar China, Taiwan, Malaysia, Singapura dan tidak lama lagi Hong Kong, jika tiada perubahan dalam ideologi bahasa dan rombakan semula dasar.

Kehancuran bahasa-bahasa Cina selain Mandarin hanya boleh dielakkan jika ia diperkenalkan semula di sekolah, dan status asalnya sebagai bahasa di wilayah masing-masing dikembalikan semula.

Dalam konteks Malaysia, Persatuan Bahasa Hokkien Pulau Pinang menggagaskan satu reformasi terhadap ideologi tradisional yang mengaitkan sesuatu bahasa dengan leluhur individu kepada ideologi yang mengaitkan satu bahasa Cina selatan dengan satu wilayah.

Pemberian status istimewa kepada bahasa Hokkien di Pulau Pinang, bahasa Kantonis di Ipoh dan seterusnya akan mencegah ruang bahasa Cina selatan daripada dijajah oleh bahasa-bahasa lain, terutama sekali Mandarin.

Kalau pameran ini menginspirasi anda, jom kongsikan dengan rakan-rakan dan keluarga, dan sokong kami dengan menderma.

Rujukan

¹ Handel, Z., 2015. Dialect Diversification, Major Trends. In Encyclopedia of Chinese Language and Linguistics, General Editor Rint Sybesma. http://dx.doi.org/10.1163/2210-7363_ecll_COM_000303

² Xue, F., Wang, Y., Xu, S. et al., 2008. A spatial analysis of genetic structure of human populations in China reveals distinct difference between maternal and paternal lineages. European Journal of Human Genetics 16, pp. 705–717.

³ 平山久雄,2002,〈從語言年代學看閩語的地位〉丁邦新、張雙慶(編),《閩語硏究及其與周邊方言的關係》香港:香港中文大學,頁4。

⁴ McLeod, M., Nguyen T., 2001. Culture and Customs of Vietnam. Greenwood Press.

⁵ 游汝杰,2002,《西洋傳教士漢語方言學著作書目考述》,黑龍江教育出版社,頁18。

⁶ Mair, V. H., 1991. What Is a Chinese “Dialect/Topolect”? Reflections on Some Key Sino-English Linguistic Terms. Sino-Platonic Papers 29.

⁷ Mair, V. H., 2013. The Classification of Sinitic Languages: What Is “Chinese?”. In Breaking Down the Barriers: Interdisciplinary Studies in Chinese Linguistics and Beyond, pp. 735-754.

⁸ Chow, K., 1997. Imagining Boundaries of Blood: Zhang Binglin and the Invention of the Han “Race” in Modern China. In The Construction of Racial Identities in China and Japan. Hong Kong: Hong Kong University Press, 34-52.

⁹ Sim T. W., 2002. Why are the Native Languages of the Chinese Malaysians in Decline?. In Journal of Taiwanese Vernacular, 4(1), pp. 62-95.

¹⁰ Mair Victor. H., 2003. How to Forget Your Mother Tongue and Remember Your National Language. Pinyin.info. http://pinyin.info/readings/mair/taiwanese.html

¹¹ 宋欣橋,2013,〈淺論香港普通話教育的性質與發展〉,《集思廣益:普通話學與教經驗分享》,第四輯,頁227-236。